KEPENTINGAN ZAKAT DALAM MENYUCIKAN HARTA
Zakat adalah salah satu dari ibadah yang diwajibkan di dalam Rukun Islam. Ianya tergolong di dalam ibadah yang bersifat ‘maaliyyah’ (harta benda) selain dari sedekah, haji, waqaf dan seumpamanya. Sayugianya, zakat itu mempunyai banyak kelebihan dan fadilatnya, meskipun pada zahirnya, hanya sedikit dari lebihan harta kita diambil, tetapi ‘pulangan’nya adalah terlalu banyak.
Allah SWT telah merakamkan ganjaran dan kelebihan serta keuntungan kepada hambaNya yang telah menunaikan ibadah zakat ini melalui al-Quran dan hadis Rasulullah SAW, sebagai galakan dan motivasi bagi orang-orang yang beriman menginfaqkan hartanya ke jalan Allah. Maksud Firman Allah Ta’ala di dalam surah al Baqarah ayat 261 :
Orang yang berzakat itu, In sya Allah akan mendapat pahala yang besar dan ganjaran yang mulia disamping memperoleh faedah dan keuntungan dunia dan akhirat. Setiap harta yang dimiliki itu terdapat beberapa hak yang perlu ditunaikan dan sekiranya tidak ditunaikan hak itu, ia akan menjadi fitnah dan bencana. Setiap muslim yang berkemampuan tidak akan terlepas dari tuntutan tersebut melainkan setelah dia mengeluarkan zakatnya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
Demikianlah pula harta yang telah dizakatkan itu tidak akan ditimpa kerosakan dan kebinasaan sebagaimana Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :
SabdaNya lagi yang bermaksud :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Apalah ertinya sesuatu harta yang sudah tiada lagi keberkatannya, sebaliknya yang tinggal hanyalah bencana dan fitnah semata-mata. Hilangnya keberkatan dalam harta itu adakalanya terlihat secara zahir mahupun batin. Antaranya apabila sentiasa tidak kecukupan dalam melunaskan tuntutan perbelanjaan dan terpaksa menghadapai pelbagai mehnah serta cabaran dalam melayari kehidupan. Antara lain perkara yang berlaku adalah apabila terhapusnya kemewahan harta dan kembalinya seseorang itu sesudah kaya raya menjadi miskin dan papa kedana, hidup penuh gelisah dan keluh kesah, tidak dapat menerima ketentuan Allah SWT.
Selain daripada itu, petanda hilangnya keberkatan dalam harta itu apabila harta yang dimiliki itu menjadi faktor penyebab seseorang itu jauh daripada Allah SWT dan semakin dnegan kemaksiatan kepadaNya. Sepatutnya harta yang miliki dapat memberikan ruang yang seluasnya untuk seseorang itu mendampingkan diri kepada Allah SWT. Perkara serupa ini sering menimpa ke atas ramai orang yang mengambil mudah dan tidak mengambil berat terhadap kewajipan zakat.
Lebih parah lagi apabila ia ditambah dengan bisikan hawa nafsu syahwat yang sentiasa rakus, tamak dan tidak merasa puas atas kurniaan Allah, selain dari hasutan-hasutan syaitan yang menari-nari di dalam minda, yang sentiasa memberi kebimbangan akan jatuh kejurang kemiskinan. Sedangkan nisbah zakat yang dikeluarkan hanya sedikit sahaja iaitu 1/40 dari harta-harta yang sampai nisab zakat dan haulnya. Di dalam jumlah yang sedikit itulah, terkumpulnya hak-hak para fuqara wal masakin (fakir dan miskin), orang yang berjuang fi sabilillah (menuntut ilmu salah satunya), orang-orang yang berhutang, para amil dan lain-lain dari 8 asnaf zakat. Sekiranya kita menahan zakat tersebut, kita secara tidak langsung menzalimi diri kita dan menzalimi insan-insan yang berada di dalam 8 asnaf zakat.
Mudah-mudahan Allah SWT melindungi kita daripadanya ataupun membelanjakannya pada memburu nafsu syahwat yang tidak akan mendapat faedah atau hasil yang baik di dunia mahupun di akhirat.
Justeru, Pusat Islam UTHM menyeru melalui sebaran artikel ini agar kita sentiasa cakna dan prihatin dengan ibadah ini ; Sentiasa mengemaskini penyata gaji dan simpanan kita untuk zakat pendapatan dan zakat wang simpanan, sentiasalah kita membuka dan memeriksa emas simpanan isteri kita, samada berlebihan ataupun tidak, digunakan atau pun tidak. Kepada yang mempunyai ternakan, maka keluarkanlah zakat atas ternakan yang lebih dari syarat wajib zakatnya, begitu juga dengan perniagaan kita. Selamat menunaikan ibadah berzakat, semoga kita mendapat rahmat, pengampunan dan redha Allah di dunia dan akhirat.
SYARAT-SYARAT UMUM UNTUK MENUNAIKAN ZAKAT
ISLAM
Zakat adalah rukun ISLAM yang ketiga. Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang ISLAM dan tidak diwajibkan ke atas orang bukan ISLAM.
MERDEKA
Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib dan hamba tidak diwajibkan zakat.
MILIK SEMPURNA
Harta yang dikenakan zakat mestilah ada kesempurnaan dari segi pemilikan (hak hiyazah) dan keupayaan mengurus (hak tasarruf) di mana seseorang berhak menjual, menyewa dan seumpamanya ke atas barangan tersebut. Bagi harta yang berkongsi antara orang ISLAM dan orang bukan ISLAM, hanya bahagian orang ISLAM sahaja yang diambil kira dalam pengiraan zakat.
HASIL USAHA YANG BAIK SEBAGAI SUMBER ZAKAT
Semua pendapatan dan penggajian sebagai “Mal Mustafad” iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.
CUKUP NISAB
Nisab ialah paras minimum pemilikan sesuatu harta yang menyebabkan seseorang itu wajib mengeluarkan zakat. Bagi kebanyakan harta, nisabnya ialah 20 misqal bersamaan nilai 85 gram emas pada harga semasa.
CUKUP HAUL
Harta yang dimiliki itu genap setahun Hijrah ( 354 hari ). Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun 0020 merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan
8 ASNAF PENERIMA ZAKAT
1. Miskin (al-Masakin) – mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya seperti ia memerlukan RM10 tetapi hanya memperoleh RM8.
2. Amil – orang yang dilantik untuk memungut dan mengagih wang zakat.
3. Muallaf – seseorang yang baru memeluk agama Islam.
4. Riqab – seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri.
5. Gharimin – penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang wajib ke atasnya.
6. Fisabilillah – orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah.
7. Ibnus Sabil – musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.
Disunting Oleh :
Unit Unit Takmir dan Penerbitan ICT
Pusat Islam UTHM